Polis berkas suspek curi gitar 'Gibson Les Paul Studio Electric'

Iklan
Muhamad Farid

SERDANG – Seorang lelaki memiliki 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah diberkas kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah gitar elektrik bernilai RM8,000 milik seorang busker wanita di sebuah pusat beli-belah, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 31 tahun berkenaan kejadian yang berlaku pada jam 5.45 petang.

Iklan
Iklan

"Pengadu selesai 'busking' menyedari gitar miliknya jenis 'Gibson Les Paul Studio Electric' telah tiada dalam wagon simpanan.

"Satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Muhamad Farid berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Serdang telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun pada Selasa.

"Kita turut membuat rampasan barang kes iaitu gitar milik mangsa. Suspek telah direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan," katanya.

Iklan