Gagal patuh EIA, syarikat lombong emas di Kelantan antara ditamat pajakan
Iklan
Dr Mohamed Fadzli
KOTA BHARU – Beberapa syarikat perlombongan termasuk berkaitan emas yang menjalankan usaha sama dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ditamatkan perjanjian pajakan melombong berikutan kegagalan mematuhi syarat antaranya membabitkan isu pencemaran alam sekitar.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, tindakan itu diambil selepas semakan dan penilaian menyeluruh dilakukan oleh kerajaan negeri bersama PKINK terhadap prestasi serta tahap pematuhan syarikat terbabit.
Iklan
Iklan
“Keputusan penamatan dibuat berasaskan kepada pelanggaran garis panduan dan syarat perjanjian merangkumi aspek kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) serta pengurusan operasi yang tidak selaras dengan standard perlombongan mampan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Mohd Syahbuddin Hashim (Barisan Nasional - Galas) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini pada Isnin.
Iklan
Beliau mengulas, kerajaan negeri sentiasa memberi keutamaan terhadap pemeliharaan alam sekitar dalam setiap aktiviti perlombongan di negeri ini bagi memastikan pelaksanaannya berjalan secara bertanggungjawab dan berimpak positif kepada rakyat.
Sementara itu, Dr Mohamed Fadzli berkata, terdapat beberapa syarikat yang masih beroperasi secara sah di bawah pajakan perlombongan PKINK sehingga kini.
Iklan
Antara syarikat berkenaan ialah CMNM Mining Group, Prima Warisan Venture, Fortune Minerals Resources, Sri Damar Mine Trading dan Uzie Gold Mining.
Beliau menegaskan, semua pengusaha perlombongan di bawah seliaan PKINK diwajibkan mematuhi syarat pajakan serta menjalankan operasi dengan penuh tanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat setempat.
“Pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan setiap aktiviti perlombongan dijalankan secara selamat dan mematuhi piawaian,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>