Republikan desak batalkan kewarganegaraan Zohran Mamdani

Iklan
Zohran Mamdani kini menjadi sasaran kempen Republikan yang mendakwa beliau menipu dalam proses naturalisasi - Foto: AFP

WASHINGTON - Selepas kemenangan bersejarah Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York City yang pertama beragama Islam dan berketurunan Asia Selatan, beberapa ahli politik Republikan melancarkan usaha untuk membatalkan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS) beliau.

Zohran, yang dilahirkan di Uganda dan menjadi warganegara AS pada tahun 2018, kini berdepan tekanan politik daripada wakil Republikan seperti Andy Ogles (Tennessee) dan Randy Fine (Florida).

Iklan
Iklan

Mereka mendakwa Zohran telah membuat kenyataan palsu semasa proses naturalisasi dan menyeru Jabatan Kehakiman untuk menyiasat latar belakang beliau secara menyeluruh.

Presiden Donald Trump turut menyuarakan sokongan terhadap usaha ini, malah pernah mengancam untuk menarik balik dana persekutuan kepada New York City sekiranya Zohran menang pilihan raya.

Iklan

Beliau juga menuduh Zohran sebagai seorang komunis, merujuk kepada keahlian beliau dalam organisasi Democratic Socialists of America.

Namun, pakar imigresen menegaskan bahawa penarikan kewarganegaraan hanya boleh dilakukan jika terdapat bukti kukuh bahawa pemohon telah membuat kenyataan palsu semasa permohonan.

Iklan

Setakat ini, tiada bukti sahih yang menunjukkan Zohran melanggar syarat naturalisasi.

Langkah ini dilihat oleh ramai pemerhati sebagai cubaan politik untuk menghalang Zohran daripada memegang jawatan, dan menimbulkan persoalan besar tentang kebebasan demokrasi serta hak kewarganegaraan di AS.

Zohran belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun penyokong beliau menyifatkan tindakan ini sebagai diskriminasi politik dan perkauman yang terang-terangan. - Awani