Bangladesh catat kematian pertama Nipah

Iklan
Ancaman virus bawaan kelawar buah itu telah mencetuskan saringan ketat di kebanyakan pintu masuk negara rantau Asia Tenggara. Foto Agensi

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengesahkan kematian seorang wanita di Bangladesh akibat jangkitan virus Nipah.

Mangsa berusia antara 40 dan 50 tahun itu dilaporkan mengalami simptom yang konsisten dengan virus berbahaya tersebut pada 21 Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Dia meninggal dunia kira-kira seminggu selepas itu. Wanita tersebut tidak mempunyai rekod perjalanan ke India yang sebelum ini merekodkan kes jangkitan.

"Seramai 35 kontak rapatnya sedang dipantau meskipun keputusan ujian mereka negatif," jelas WHO lagi.

Iklan

Agensi tersebut turut menyatakan risiko penularan penyakit itu ke peringkat antarabangsa dianggap rendah dan ia tidak mengesyorkan sebarang sekatan perdagangan atau perjalanan berdasarkan maklumat semasa.

Sebelum ini, kes yang direkodkan di India telah mencetuskan kebimbangan di rantau Asia. - Agensi

Iklan