MTL: Bantuan Wang Ihsan bencana disalur setiap tiga bulan

Iklan
Ahli Jawatakuasa yang mengadakan Program Kesiapsiagaan Bencana di Rantau Panjang, Pasir Mas.  FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID

PASIR MAS - Kerajaan kini menambah baik pelaksanaan Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi mangsa bencana dengan penyaluran akan dibuat setiap tiga bulan sekali berbanding hanya sekali sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) sebelum ini.

Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SKPS) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jefny Muhammad berkata, perubahan itu berkuat kuasa mulai sesi MTL 2025/2026 sekali gus membolehkan mangsa terjejas menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap kejadian bencana dalam tempoh terbabit. 

Iklan
Iklan

“Jika bencana berlaku pada November dan berlaku lagi pada Mac, mereka layak menerima dua kali bantuan. 

“Syaratnya, setiap kejadian mesti mempunyai jarak sekurang-kurangnya tiga bulan antara satu sama lain,” katanya selepas Program Kesiapsiagaan Bencana Peringkat Komuniti di Masjid Sayidina Ali, Rantau Panjang di sini pada Sabtu. 

Iklan

Beliau berkata, pembayaran kini akan dibuat secara automatik dan disalurkan terus ke akaun bank mangsa melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) atau bank lain yang berdaftar.

“Kalau tak ada akaun pun, mereka boleh ambil tunai di kaunter BSN. 

Iklan

“Yang penting mereka perlu mendaftar dalam sistem MyIBJKM lebih awal bagi memudahkan urusan pemindahan di pusat pemindahan sementara dan rekod mangsa,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, menurut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hingga 31 Oktober lalu, sejumlah 182,379 Ketua Isi Rumah (KIR) seluruh negara berdaftar termasuk 109,986 melalui MyIBJKM. 

Negeri Kelantan mencatat jumlah pendaftaran tertinggi di Malaysia iaitu 62,862 diikuti Terengganu (41,907) dan Johor (34,100).

Beliau menjelaskan bahawa BWI hanya akan diberikan kepada mangsa yang rumahnya dinaiki air atau rosak akibat bencana, manakala mangsa yang terkandas atau terkepung layak menerima bantuan makanan dan logistik daripada JKM.

“Kami nak elak keciciran, tahun lepas di Kelantan lebih 73,000 mangsa dibayar bantuan RM1,000, tapi masih ada segelintir tercicir sebab maklumat tidak lengkap,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak menghadapi masalah peruntukan dalam pengurusan bencana.

"Tahun lepas saja, Perdana Menteri meluluskan RM50 juta untuk Kelantan dan menambah dana apabila jumlah mangsa meningkat. 

“Masalah biasanya timbul di bahagian pengurusan di lapangan,” katanya lagi.