TUARAN - Mayat seorang remaja lelaki ditemukan di dalam dasar selepas dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kampung Kimonsi kampung botung, Tamparuli, di sini, Jumaat.
Randell Junior Rony, 16, ditemui sekitar 10 meter dari dia dilaporkan hilang pada jam 9.15 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 6.05 petang.
Katanya, seramai empat anggota bersama unit PPDA Zon Kota Kinabalu dikejar ke lokasi yang terletak sejuah 13 kilometer dari BBP Tuaran.
"SAR hari pertama dilakukan namun mangsa tidak ditemui sebelum operasi disambung semula hari ini.
"SAR hari kedua bermula jam 6.50 pagi dengan kaedah pencarian permukaan atas air dan pada jam 9.15 pagi, mangsa ditemui di dasar sungai pada kedalaman lima meter oleh pasukan PPDA," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Katanya lagi, mayat mangsa dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis.
"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 10.30 pagi," katanya.