KOTA TINGGI - Polis memburu seorang individu yang disyaki mencuri beg milik seorang wanita dalam Masjid Al-Husna, di Bandar Tenggara di sini pada Rabu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada seorang wanita pada jam 9.36 malam.