'Mak titew' masuk Islam, doa tujuh tahun seorang anak dimakbulkan

Iklan
Dalam perkongsian menyentuh hati di media sosial, Muhammad Mikhael yang mengelarkan ibunya sebagai 'mak titew' (mak kita) meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka doanya dimakbulkan ALLAH. - Foto Facebook Mc Rock (Muka Gangster)

IPOH -"Rasa macam mimpi saat ini."

Itu luahan penuh sebak seorang lelaki mualaf, Muhammad Mikhael Sathayah apabila ibunya yang berusia 75 tahun akhirnya memilih untuk memeluk Islam.

Iklan
Iklan

Dalam perkongsian menyentuh hati di media sosial pada Jumaat, Muhammad Mikhael yang mengelarkan ibunya sebagai 'mak titew' (mak kita) meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka doanya dimakbulkan ALLAH.

Ibunya yang kini dikenali sebagai Maimunah Sathayah Muniandy menerima hidayah untuk mengucap dua kalimah syahadah dengan tenang.

Iklan

Perkongsian daripada Muhammad Mikhael bahawa ibunya yang kini dikenali sebagai Maimunah Sathayah Muniandy menerima hidayah untuk mengucap dua kalimah syahadah. - Foto Facebook Mc Rock (Muka Gangster)

Beliau berkata, sepanjang tujuh tahun menjadi mualaf, dia tidak pernah berani mengajak ibunya memeluk Islam kerana terlalu menghormati pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu yang sentiasa mengutamakan kebahagiaan anak.

Iklan

“Syukur, alhamdulillah. Akhirnya mak kita masuk Islam.

"Pengorbanan mak besar sangat. Ketika saya mencari jiwa, mak yang benarkan saya masuk Islam. Tak ada balasan yang setimpal,” katanya dalam nada sebak.

Menurut pemuda berasal dari Tambun itu, ketika menunaikan umrah selama 12 hari baru-baru ini, beliau tidak putus berdoa di hadapan Kaabah agar dibukakan pintu hati ibunya menerima Islam.

Tidak hanya itu, beliau juga mengakui pernah melalui kemurungan dan tekanan jiwa memikirkan tentang nasib ibunya di akhirat, namun ALLAH memudahkan segalanya.

"Saya telefon ustaz, mungkin dua atau tiga bulan lagi (masuk Islam). Ustaz kata datang esok boleh.

"Rasa macam semua berjalan dengan sendiri. Hidayah ALLAH memang hebat. Tak sangka begitu mudah ALLAH beri hidayah kepada mak kita," katanya penuh kesyukuran.

Ketika menunaikan umrah selama 12 hari baru-baru ini, Muhammad Mikhael tidak putus berdoa di hadapan Kaabah agar dibukakan pintu hati ibunya menerima Islam. - Foto Facebook Mc Rock (Muka Gangster)

Muhammad Mikhael yang menerima jolokan 'muka gengster' turut berkongsi detik emosional apabila ibunya bergurau mengatakan dirinya tidak tahu berapa lama lagi akan hidup.

Saat itu, beliau bertekad mengajak ibunya memeluk Islam sebelum terlambat.

"Saya tak nak kehilangan mak. Saya beranikan diri ajak mak ikut saya masuk Islam. Saya nak sentiasa bersama dengan mak," katanya.

Tambah beliau, sokongan isteri, Murni Azwa menjadi kekuatan besar dalam perjalanan imannya dan pengikat kasih antara menantu dan mentua.

"Sekarang kita bertiga dah bersama mak. Terima kasih mak. Selamat kembali kepada fitrah," kongsinya.