KKM pertimbang guna Favipiravir rawat pesakit Covid-19
Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan penggunaan ubat antiviral Favipiravir bagi merawat pesakit positif koronavirus (Covid-19), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, ubat itu yang juga dikenali sebagai Avigan dan Fuhaikang tidak didaftarkan di negara ini, namun ia tertakluk kepada kelulusan KKM selepas meneliti kesan sampingannya.
Iklan
Iklan
"Kita (KKM) boleh luluskan. Bagaimanapun, ubat itu kita kena kaji sebab ada kesan sampingan. Jadi kita kena berhati-hati apabila kita gunakan ubat tersebut.
"Ia adalah ubat yang sama, tetapi Avigan berasal dari Jepun manakala Fuhaikang dari China,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.
Iklan
Dr Noor Hisham berkata, sekiranya diluluskan kelak, pemantauan rapi ke atas pesakit perlu dijalankan bagi memastikan keberkesanan ubat antiviral itu.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa KKM memerlukan 800 alat bantuan pernafasan atau ventilator di hospital kerajaan dengan 500 khusus untuk kes Covid-19.
Iklan
"KKM telah beli 229 unit ventilator, 54 unit telah diterima manakala 175 unit lagi masih dalam proses penghantaran yang kita jangka terima awal April ini,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, pihak swasta juga bersetuju meminjamkan 64 unit ventilator kepada KKM untuk kegunaan di hospital kerajaan yang memerlukan.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500 juta bagi membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan Unit Rawatan Rapi, peralatan perlindungan diri tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam dan keperluan makmal untuk saringan Covid-19. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>