Benar-benar ikhlas atau hanya simpati kepada ‘geng tisu’?

Iklan
Kalau kita imbas balik 20 tahun dahulu, golongan OKU yang jual tisu biasanya duduk di kaki lima sambil nyanyi atau main alat muzik yang menjadi tarikan orang ramai. Gambar hiasan

KEGIATAN menjual tisu dari satu meja ke satu meja kini bukan lagi sesuatu yang pelik di restoran mahupun di kawasan tumpuan ramai.

Ada kalanya kita baru saja suap nasi, tiba-tiba datang seseorang hulur sebungkus tisu sambil tersenyum, meminta kita membeli. Belum sempat menolak, sudah datang pula seorang lagi di meja sebelah. Seakan-akan mereka bebas bergerak ke mana saja tanpa rasa segan atau takut ditegur.

Iklan
Iklan

Sebenarnya, Merak Jalanan tertanya-tanya, adakah mereka ini benar-benar menjual untuk menyara hidup atau ada pihak lain di sebalik kegiatan ini?

Ini kerana selalunya yang datang menjual ialah individu berstatus orang kurang upaya (OKU), kadang buta, kadang bisu dan ditemani seorang lagi yang bertindak sebagai ‘penjaga’.

Iklan

Tapi anehnya, penjaga itu pula bercakap dalam loghat yang bukan dari sini atau tempatan.

Persoalan juga timbul. Siapa sebenarnya yang mendapat hasil jualan itu? Adakah wang yang kita hulurkan benar-benar sampai kepada si OKU, atau hanya masuk ke poket orang lain?

Iklan

Kalau kita imbas balik 20 tahun dahulu, suasananya berbeza. Golongan OKU yang jual tisu biasanya duduk di kaki lima sambil nyanyi atau main alat muzik yang menjadi tarikan orang ramai.

Mereka cari rezeki dengan bakat sendiri, bukan dengan ganggu pelanggan yang sedang menjamu selera. Kotak kecil di depan mereka sekadar tempat sumbangan ikhlas daripada orang yang lalu-lalang.

Sekarang, situasi berubah. ‘Geng tisu’ datang terus ke meja kita. Tak beli rasa bersalah, beli pun rasa serba salah.

Kalau kita hulur duit, takut kita pula menyumbang kepada kegiatan yang salah. Tapi kalau kita tak hulur, hati pula rasa bersalah.

Di sinilah dilema, antara simpati dan tanggungjawab sosial kita sebagai masyarakat. Simpati itu baik, tapi kalau salah beli tisu, ia boleh jadi ruang kepada penindasan yang kita sendiri tak sedar.