Individu disiasat muat naik imej palsu guna logo Utusan
Iklan
Individu disyaki dipanggil bagi membantu siasatan dan keterangannya dirakam di IPD Alor Gajah, Melaka.
SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai memuat naik imej suntingan menyerupai laporan portal berita tempatan di platform Facebook baru-baru ini.
Imej berkenaan menggunakan logo Utusan Malaysia (Utusan) dan menyiarkan tajuk “Anwar akui banyak kesilapan perjanjian dengan US”, namun disahkan palsu serta berpotensi mengelirukan orang ramai.
Iklan
Iklan
Menurut MCMC, siasatan awal mendapati akhbar berkenaan telah menafikan penerbitan laporan terbabit dan menjelaskan ia merupakan penyalahgunaan nama serta logo akhbar tersebut.
“Individu disyaki telah dipanggil bagi membantu siasatan dan keterangannya dirakam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, Melaka pada hari ini,” kata MCMC dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Tambah suruhanjaya itu, satu peranti telefon bimbit dan satu kad SIM turut disita bagi tujuan analisis forensik digital.
Iklan
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
MCMC dalam masa sama menasihatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi di media sosial, terutamanya kandungan yang menggunakan identiti atau logo organisasi media tanpa kebenaran.
Tambahnya, penyebaran kandungan palsu bukan sahaja boleh menjejaskan kredibiliti sumber berita sahih, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>