Tiada pegawai pemerhati ATM bertugas di Sudan - Mohamed Khaled

Iklan
Mohamed Khalid

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan mengesahkan tiada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini bertugas di Sudan di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian mengambil maklum mengenai situasi terkini di El Fasher yang menyaksikan pertempuran antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Iklan
Iklan

"Dua pegawai pemerhati ATM yang sebelum ini berkhidmat di bawah misi United Nations Interim Security Force for Abyei (UNISFA) telah menamatkan tempoh perkhidmatan masing-masing pada September dan November lalu.

“Kedua-dua pegawai tersebut telah menamatkan misi setahun mereka sebagai pegawai pemerhati PBB dan kini telah selamat kembali ke tanah air serta melapor untuk tugasan baharu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau menjelaskan, penempatan pegawai pemerhati ATM sebelum ini adalah di Abyei  (kawasan sempadan antara Sudan dan Sudan Selatan) yang terletak kira-kira 815 kilometer dari lokasi konflik semasa di El Fasher.

"Malaysia kekal komited menyokong usaha keamanan global menerusi penugasan pegawai pemerhati ATM di bawah panji PBB apabila keadaan mengizinkan.

Iklan

“Pihak PBB diyakini akan terus menilai tahap keselamatan di Sudan bagi memastikan setiap penugasan dilaksanakan dalam keadaan stabil dan selamat, demi menyokong aspirasi keamanan serta kestabilan serantau,” katanya.