Aktivis pro-Palestin halang 1,500 pelancong Israel di Greece

Iklan
Sekumpulan penunjuk perasaan menghalang kira-kira 1,500 pelancong Israel daripada meninggalkan kapal persiaran di pelabuhan Souda, Crete pada Isnin demi solidariti buat Palestin. Foto Agensi

ATHENS – Aktivis pro-Palestin bertindak menghalang kira-kira 1,500 pelancong Israel daripada meninggalkan kapal persiaran di pelabuhan Souda, Crete pada Isnin, lapor media Israel.

Sekumpulan penunjuk perasaan berdiri di pintu keluar pelabuhan sambil membawa sepanduk dan menjerit slogan seperti 'Kebebasan untuk Palestin' dan 'Hentikan jenayah pendudukan', menyebabkan penumpang tidak dapat keluar.

Iklan
Iklan

Seorang penumpang, Yossi Manor memberitahu akhbar Yedioth Ahronoth bahawa pihak polis menutup pintu pagar pelabuhan dan tidak membenarkan sesiapa keluar sehingga keadaan terkawal.

Sebelum itu, insiden serupa berlaku di pelabuhan Argostoli di pulau Kefalonia apabila kapal persiaran Crown Iris yang membawa jumlah penumpang sama tiba di bawah kawalan keselamatan ketat. Polis dari Athens dan Patras turut dikerahkan, dan jalan sekitar kawasan itu ditutup sementara.

Iklan

Aktivis turut mengadakan bantahan di Patras dan Kalamata minggu lalu, memaksa salah satu kapal persiaran menukar laluan asalnya. Mereka mengecam serangan berterusan Israel di Gaza yang mengorbankan puluhan ribu rakyat Palestin sejak Oktober 2023.

Gelombang protes di Crete dan Kefalonia mencerminkan kecaman global yang semakin meningkat terhadap tindakan Israel serta solidariti masyarakat antarabangsa bersama rakyat Palestin dalam konflik paling berdarah di rantau itu sejak beberapa dekad. - Agensi

Iklan