Namewee ditahan reman enam hari bantu siasatan kematian pempengaruh Taiwan

Iklan
Namewee

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, perintah reman terhadap Namewee dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Perintah reman ke atasnya (Namewee) dikeluarkan bermula 5 November hingga 10 November," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, Namewee, 42, tampil menyerah diri ke IPD Dang Wangi, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Iklan

Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, sebelum ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, Namewee difahamkan berada di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

Iklan

Menurutnya, siasatan masih berjalan dan melihat dari semua sudut termasuk individu terakhir yang bersama mangsa akan disiasat.