Nahas pesawat di Louisville ragut 3 nyawa, 11 cedera - Gabenor Kentucky

Iklan
Kepulan asap tebal dari serpihan jet kargo UPS MD-11 selepas ia terhempas semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville Muhammad Ali di Louisville, Kentucky, AS pada 4 November 2025 - Foto: Reuters

MOSCOW - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam nahas pesawat kargo di Louisville, kata Gabenor Kentucky Andy Beshear.

Pada Selasa, sebuah pesawat kargo MD-11 milik syarikat penghantaran UPS terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Louisville, Kentucky.

Iklan
Iklan

Syarikat itu berkata terdapat tiga kru berada di dalam pesawat berkenaan.

"Kami percaya terdapat sekurang-kurangnya tiga kematian, dan angka itu mungkin meningkat.

Iklan

"Kami juga mempunyai sekurang-kurangnya 11 mangsa cedera, sebahagiannya parah dan sedang dirawat di hospital tempatan,” kata Beshear pada sidang media Selasa. - Bernama

 

Iklan