Malaysia perkukuh perdagangan intra-ASEAN melalui sistem pembayaran serantau

Iklan
Anwar menjawab pertanyaan mengenai langkah yang diambil oleh negara anggota ASEAN bagi meningkatkan pelaburan dan nilai perdagangan intra-ASEAN pada sesi PMQT di Dewan Rakyat pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dengan menggalakkan penggunaan sistem pembayaran kod respons pantas (QR) dan pindahan tunai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pengerusi ASEAN 2025, Malaysia juga akan terus mendorong usaha memperluas kesambungan sistem pembayaran serantau.

Iklan
Iklan

"Antara langkah yang telah dilaksanakan adalah penggunaan sistem pembayaran kod QR dan pemindahan tunai antara negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Kemboja.

"Melalui Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), peranan Malaysia dalam sidang ASEAN juga telah diiktiraf.

Iklan

"Lima negara telah melaksanakannya dan alhamdulillah, peranan Malaysia dalam sidang ASEAN turut diiktiraf oleh APEC," katanya ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai langkah yang diambil oleh negara anggota ASEAN bagi meningkatkan pelaburan dan nilai perdagangan intra-ASEAN.

Iklan

Dalam pada itu Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, antara kelemahan utama ASEAN ketika ini adalah tumpuan yang masih rendah terhadap perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.

Perkara itu, ujarnya, telah menjadi keutamaan Malaysia semasa mempengerusikan ASEAN di Kuala Lumpur tahun ini.

Malah beliau menjelaskan, perdagangan antara negara anggota ASEAN hanya sekitar 22 peratus ketika ini dan angka tersebut perlu dipertingkatkan bagi mengukuhkan integrasi ekonomi serantau.