Menteri tak perlu koyak dengan soalan bodoh

Iklan
Soalan wartawan bukan serangan peribadi tetapi sebahagian daripada proses semak dan imbang. Gambar hiasan

MINGGU lalu kecoh pasal seorang menteri mengugut wartawan dalam satu sidang media. Menteri tersebut ‘koyak’ selepas diajukan soalan mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam slogan kempen rasmi kerajaan.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Seorang teman Merak Jalanan berkata, menteri atau pemimpin kalau tak boleh ditanya dan tak suka ditanya, jangan buat sidang media.

Iklan
Iklan

Sediakan sahaja siaran akhbar. Tak perlu soal jawab. Sebab sudah jadi kerja wartawan untuk bertanyakan soalan.

Wartawan akan bertanya 1,001 macam soalan termasuklah yang orang luar anggap ‘soalan bodoh’ atau ‘soalan klise’. Kadang-kadang soalan provokatif.

Iklan

Setiap maklumat penting dan perlu dicatatkan sebelum diterjemah dalam bentuk penulisan berita. Selagi tidak dapat jawapan yang diperlukan, wartawan akan tanya berulang kali.

“Bila wartawan bertanya soalan, bukan kerana mereka tidak tahu. Mereka menjadi wakil kepada suara rakyat. Soalan mereka cerminan apa yang rakyat fikirkan,” kata teman itu.

Iklan

Soalan wartawan bukan serangan peribadi tetapi sebahagian daripada proses semak dan imbang. Tapi bayangkanlah jika jawapan kepada soalan bodoh pun masih menampakkan jawapan lebih bodoh daripada menteri.

“Kalau soalan wartawan pun sudah koyak, bermakna kamu tak layak jadi menteri. Koyak itu tanda lemah, sentap itu tanda tidak matang,” katanya.

Kata teman Merak Jalanan lagi, kalau cepat koyak atau sentap, tandanya belum cukup ‘masak’ berdepan pandangan berbeza. Kalau seorang menteri tak boleh menjawab dengan tenang soalan daripada wartawan, bagaimana nak berdepan pertanyaan daripada rakyat?

Terbaru, menteri tersebut memohon maaf dan sedia bertemu wakil media untuk membetulkan semula keadaan. Itu yang terbaik. Ketepikan ego, rendahkan diri. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Semoga jadi pengajaran.