Polis sahkan rakyat Malaysia maut ditembak di Sungai Golok

Iklan
Mohd Yusoff Mamat. Foto Bernama

KOTA BHARU - Seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ya, saya sahkan memang ada,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad.

Bernama dimaklumkan bahawa perincian lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. - Bernama

Iklan
Iklan