Kes tetak: Suasana pilu iringi pengebumian jenazah Nasir

Iklan
Jenazah Nasir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Babus SalamKampung Pida 3 di Jerlun pada malam Sabtu.

JERLUN – Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Masjid Babus Salam, Kampung Pida 3 di sini apabila jenazah Allahyarham Nasir Md Nayan, 45, yang maut akibat ditetak adik ipar sendiri selamat dikebumikan kira-kira jam 8.15 malam pada Sabtu.

Allahyarham disifatkan sebagai seorang suami dan bapa penyayang malah kejadian tragis yang menimpanya mengejutkan penduduk kampung tersebut.

Iklan
Iklan

Kira-kira 100 orang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu jenazah Allahyarham tiba di masjid tersebut untuk disembahyangkan selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Iklan

Susana juga sayu apabila isteri mangsa, Marliana Awang, 39, tidak kelihatan di kawasan tanah perkuburan dan hanya dilihat berada di pekarangan masjid.

Dia dipercayai masih terkejut dan sedih dengan kejadian yang meragut nyawa suaminya itu.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditemui maut dengan kepala terputus daripada badan di dalam kawasan sawah padi berhampiran rumahnya, dalam kejadian pergaduhan di Kampung Pida 3.

Polis menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 7.05 malam pada Jumaat memaklumkan kejadian berkenaan.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis belum dapat mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata, pihaknya memperoleh perintah tahanan reman selama enam hari terhadap suspek bagi membantu siasatan.