Penduduk gempar dilanda hujan air batu

Iklan
Penduduk mengutip ketulan ais selepas fenomena hujan air batu melanda Ulu Tiram, Johor Bahru pada petang Jumaat.

JOHOR BAHRU – Penduduk di sekitar Ulu Tiram gempar apabila hujan air batu dan ribut membadai kawasan mereka pada petang Jumaat.

Berdasarkan beberapa video rakaman kejadian itu yang tular di media sosial, butiran ais kecil dilihat jatuh bersama hujan lebat dan angin kencang sekali gus mengejutkan penduduk.

Iklan
Iklan

Kejadian sekitar jam 4.30 petang itu berlaku di beberapa kawasan antaranya di Bandar Cemerlang.

Ada juga rakaman yang menunjukkan bumbung rumah penduduk bising kerana ditimpa hujan batu berkenaan.

Iklan

“Hujan air batu di Ulu Tiram patutlah bunyi kelentang-kelentung atas bumbung. Pertama kali tengok hujan air batu tetapi gambar tiada sebab petir kuat di luar," kata seorang pengguna media sosial, Mek Teh Ina.

"Saya tiga kali azan di rumah, angin datang kuat sangat. Seram tengok di luar tadi," komen Nurul Atikah pula.

Iklan