'Semoga kamu dilaknat!' - Bapa Zayn Rayyan

Iklan
Zaim Ikhwan ditenangkan ibu bapanya selepas gagal menahan perasaan, apabila isterinya diperintahkan ke Penjara Wanita Kajang serta-merta.

PETALING JAYA – [DIKEMAS KINI] Suasana di Mahkamah Sesyen di sini bertukar kecoh selepas suami kepada Ismanira Abdul Manaf, Zaim Ikhwan Zahari, 30, menjerit ke arah pegawai penyiasat kes kematian anak mereka, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.

Selepas prosiding selesai, Zaim Ikhwan berang dan meraung “Biar ALLAH melaknat kamu semua!

Iklan
Iklan

“Semoga kau dilaknat! Kau tunggu botak!” katanya sambil menuding jari ke arah Deputi Superintendan Mohd Hafizee Ismail.

Zaim Ikhwan, 30, bertindak sedemikian sejurus mahkamah memerintahkan isterinya dipenjara serta-merta di Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman penjara lima tahun kerana mengabai anak mereka yang juga autisme, dua tahun lalu.

Iklan

Tindakan itu menyebabkan beberapa ahli keluarga terpaksa menenangkan Zaim Ikhwan sebelum membawanya keluar dari kamar mahkamah menuju ke lokasi sidang media.

Ketegangan turut memuncak apabila ibu Zaim Ikhwan iaitu Hasni Zakaria, 56, turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pegawai polis yang sama.

Iklan

“Puaslah kau, botak!” katanya dalam nada marah sebelum beredar dari kawasan mahkamah.

Sementara itu, datuk Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 57, cuba meredakan keadaan dengan merangkul bahu anak lelakinya itu.

“Sabar, sabar Zaim, media ada, kita beritahu media di bawah,” kata ahli perniagaan itu.

Pada Jumaat, Ismanira disabitkan bersalah atas satu kes pengabaian terhadap kanak-kanak autisme itu dan dihukum penjara selama lima tahun.

Hakim, Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Ismanira gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.

Selain hukuman penjara bermula tarikh sabitan, Ismanira juga dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan berserta cagaran RM3,000.

Dia juga perlu melengkapkan khidmat masyarakat selama 120 jam dalam masa enam bulan.

Kedua-dua hukuman tambahan itu perlu dilaksanakan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman pemenjaraan.

Syahliza juga menolak permohonan Ismanira untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, dengan alasan tiada keadaan istimewa ditunjukkan kepada mahkamah, yang boleh membolehkan penangguhan diberi.