SHAH ALAM – Kreativiti rakyat Malaysia terus membuahkan hasil apabila semakin ramai pencipta kandungan tempatan mampu menjana pendapatan besar melalui Program Affiliate Shopee.
Sejajar usaha mengukuhkan ekonomi digital negara, Shopee Malaysia memperkenalkan Kelab 5 Juta Ringgit bagi meraikan ahli affiliate berprestasi tinggi yang berjaya mencatat jualan jutaan ringgit melalui kandungan autentik dan interaktif.
Melalui kisah kejayaan tiga nama besar iaitu Boolove_official, Faisaldotmy dan Pipou96, kejayaan mereka menjadi bukti peluang dalam ekonomi kreatif semakin terbuka luas kepada semua lapisan masyarakat.
Livestream capai jutaan ringgit dalam jualan
Bermula daripada sekadar hobi yang gemar mencari tawaran hebat, tetapi akhirnya Boolove_official mampu menjana pendapatan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit dalam tempoh seminggu.
Terinspirasi dengan kempen Shopee yang menarik serta program mesra pemula, beliau menyertai inisiatif seperti Stream-A-Thon, Order Bonanza dan Livestream Festival.
Hanya bersiaran langsung selama sejam sehari, beliau mampu menjana sehingga RM2,000 sebulan.
“Saya bermula dengan jualan RM100 sehari. Dengan konsistensi dan semangat dedikasi, ia meningkat kepada purata RM150,000 seminggu,” katanya yang pernah mencabar diri bersiaran langsung sehingga 18 jam tanpa henti.
Boolove_official kini berhasrat memperluas konsep kandungan bertema secara kreatif, menggalakkan lebih ramai pencipta kandungan menyertai Program Affiliate Shopee dan memperluas jangkauan ke peringkat serantau.
“Menjadi affiliate bukan sekadar kongsi pautan atau tawaran. Ia tentang komuniti, sokongan dan perkembangan bersama. Saya mahu bantu orang lain berjaya, sama seperti Shopee membantu saya. Bila kita saling menyokong, tiada had apa yang boleh kita capai,” katanya.
Hobi teknologi punca rezeki
Bagi Faisaldotmy, minat mendalam terhadap gajet telah menukar hobi kepada kerjaya sepenuh masa sejak menyertai Shopee pada tahun 2023.
“Saya memang suka ulas telefon pintar dan barangan elektronik. Shopee memberi saya platform untuk berkongsi minat itu dengan komuniti yang menghargainya,” ceritanya.
Perjalanannya tidak mudah, namun Faisaldotmy berpegang pada tiga kekuatan utama iaitu kejujuran, keberanian mengambil risiko dan semangat tidak berputus asa.
“Bagi saya, sama ada kita menang atau kita belajar, tiada istilah gagal,” katanya yang kini memiliki lebih 75,000 pengikut hasil ulasan telus terhadap peranti dan barangan elektronik.
Beliau turut merancang meneroka lebih banyak format kandungan selain mengangkat rakan pencipta kandungan lain untuk berjaya bersama.
“Minat saya terhadap teknologi akan sentiasa menjadi pendorong utama setiap langkah saya bersama Shopee,” ujarnya yang berhasrat untuk terus memberi inspirasi kepada orang lain agar berani menjadikan minat mereka sebagai kejayaan.
Suri rumah capai jualan bulanan RM1 juta
Kisah Pipou96 pula membuktikan peluang kejayaan digital terbuka kepada sesiapa sahaja meski tanpa pengalaman dan hanya bermula sebagai suri rumah sepenuh masa.
Beliau bertekad mahu membantu meringankan beban kewangan keluarganya dan mula bersiaran langsung setiap hari, sekali gus mengatasi rasa malu dan mempelajari segala-galanya daripada awal.
Dengan sokongan penuh keluarganya, beliau terus berusaha walaupun berdepan malam tanpa tidur dan pendapatan kecil. Namun, segalanya berubah pada Mac 2024 apabila salah satu videonya menjadi tular.
Komitmen bersiaran langsung sehingga 12 jam sehari bersama pasukan kecil telah melonjakkan jualannya hingga mencecah RM1 juta sebulan, selain memiliki komuniti setia lebih 60,000 pengikut di Shopee.
“Setiap sesi membantu meningkatkan interaksi dan jualan. Kami bersiaran dari jam 7 pagi hingga 1 pagi setiap hari,” katanya yang turut berhasrat mengembangkan perniagaannya serta membuka peluang kepada individu lain yang mempunyai minat sama.
Shopee terus memperkasa bakat tempatan
Melalui platform seperti Shopee House dan Shopee Superstar Awards pada 1 dan 2 November ini, Shopee yakin lebih ramai pencipta kandungan tempatan akan terus mara di arena social commerce.
Melalui pengalaman Boolove_official, Faisaldotmy dan Pipou96, Shopee menampilkan bagaimana keaslian dan ketekunan mampu membina hubungan tulen dan komuniti yang kukuh.
Inisiatif ini dilihat seiring dengan hasrat memperkukuh ekonomi digital negara yang mana kreativiti menjadi pemangkin pendapatan dan kerjaya masa depan semakin berteraskan teknologi.
Superstar Awards akan distrim secara langsung untuk tontonan semua rakyat Malaysia. Sertai kemeriahan dan ketahui lebih lanjut di https://shopee.com.my/m/ssa-2025