Rampasan RM2.65 bilion, Maritim Malaysia rekod 872 tangkapan
Iklan
Mohd Rosli ketika sidang media dalam program Hari Bersama Media anjuran Maritim Malaysia di sini pada Selasa.
GEORGE TOWN - Sebanyak 872 tangkapan hasil operasi penguatkuasaan direkodkan di seluruh negara bagi tempoh sehingga 31 Oktober 2026.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pencapaian itu direkodkan hasil 173,633 pemeriksaan dan 38,712 penggeledahan yang dilaksanakan sepanjang tempoh berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan hasil operasi penguatkuasaan itu melebihi RM2.65 bilion.
"Sepanjang tahun 2026, Maritim Malaysia terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang di perairan negara, membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan serta meningkatkan kesiapsiagaan operasi mencari dan menyelamat atau CARILAMAT.
Iklan
"Kita turut memberikan penekanan kepada pendekatan operasi berasaskan maklumat risikan, analisis ancaman dan penilaian risiko bagi membolehkan aset serta anggota digerakkan secara lebih bersasar, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena Program Hari Bersama Media Maritim Malaysia Tahun 2026 di sini pada Selasa.
Iklan
Dalam perkembangan sama, Mohd Rosli berkata, sebanyak 180 kes operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dikendalikan sepanjang tempoh berkenaan membabitkan 1,000 mangsa.
Katanya, nilai harta benda yang berjaya diselamatkan menerusi operasi itu berjumlah RM6.91 juta.
Beliau berkata, pencapaian berkenaan bukan sekadar statistik, sebaliknya mencerminkan tanggungjawab besar yang dipikul anggota Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan serta menyelamatkan nyawa di laut.
"Pendekatan intelligence-led operations membolehkan kita melaksanakan operasi berdasarkan maklumat risikan dan penilaian risiko supaya tindakan penguatkuasaan lebih berkesan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM"><meta itemprop="description" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM
Penyeludup dadah kini dipercayai beralih menggunakan lapangan terbang lain termasuk di Pulau Pinang dan Kota Bharu selepas menyedari penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan taktik itu menyebabkan kerajaan perlu memperluas penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah di pintu masuk negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803074/berita/nasional/klia-makin-canggih-penyeludup-dadah-beralih-ke-lapangan-terbang-lain-termasuk-pulau-pinang-kota-bharu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuseludupdadah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T06:19:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P98S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1wtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1wtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1wtu"></script>