Kutipan cukai langsung kasar meningkat RM174.48 bilion - PM
Iklan
Anwar
CYBERJAYA – Kutipan cukai langsung kasar bagi tempoh 10 bulan pertama 2026 meningkat 5.8 peratus kepada RM174.48 bilion berbanding RM164.92 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu antara lain disokong usaha memperkukuh pematuhan serta menambah baik kecekapan pentadbiran percukaian menerusi pelaksanaan e-Invois.
Iklan
Iklan
Menurutnya, penggunaan teknologi, analisis data dan automasi amat penting bagi memperkukuh pentadbiran percukaian negara.
“Pelaksanaan e-Invois merupakan antara ikhtiar untuk memperkukuh pematuhan dan menambah baik kecekapan pentadbiran percukaian,” katanya.
Iklan
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sempena Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2026 di Menara HASiL, di sini pada Selasa.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.
Iklan
Anwar berkata, sehingga 2 November lalu, sebanyak 2.14 bilion e-Invois telah dikemukakan oleh kira-kira 269 900 pembayar cukai.
"Menerusi usaha pematuhan yang diperkukuh dengan penggunaan data e-Invois, lebih 97,000 pembayar cukai turut tampil mengemukakan borang nyata bagi tahun-tahun terdahulu secara sukarela, dengan cukai kena dibayar berjumlah RM1.68 bilion," jelas beliau.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pelaksanaan e-Invois bukan bertujuan mengenakan cukai baharu atau menambah beban percukaian rakyat.
Sebaliknya, sistem itu menjadi instrumen penting untuk menegakkan keadilan, mengesan ketidakpatuhan dan memastikan semua pihak menunaikan tanggungjawab sewajarnya.
Beliau berkata, warga HASiL perlu tegas terhadap pengelakan cukai yang disengajakan, namun tetap mengamalkan budi bicara berlandaskan undang-undang kepada pembayar cukai yang memerlukan bantuan dan bimbingan.
Sebelum ini LHDN melaporkan kutipan hasil cukai Kerajaan Persekutuan meningkat sembilan peratus kepada RM129.6 bilion bagi tempoh sehingga Jun 2026, berbanding RM119.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong dilaporkan berkata, peningkatan itu antaranya disumbangkan kutipan cukai pendapatan syarikat yang lebih tinggi.
Penyeludup dadah kini dipercayai beralih menggunakan lapangan terbang lain termasuk di Pulau Pinang dan Kota Bharu selepas menyedari penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan taktik itu menyebabkan kerajaan perlu memperluas penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah di pintu masuk negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803074/berita/nasional/klia-makin-canggih-penyeludup-dadah-beralih-ke-lapangan-terbang-lain-termasuk-pulau-pinang-kota-bharu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.