Mayat dalam kenderaan disahkan wanita hilang Sabtu lalu

Iklan
Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam kenderaan di kawasan parkir bertingkat di sebuah pusat beli belah di sini adalah wanita yang dilaporkan hilang di Tabuan Jaya.

KUCHING - Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam kenderaan di kawasan parkir bertingkat di sebuah pusat beli belah di sini adalah wanita yang dilaporkan hilang di Tabuan Jaya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Anak Chabu berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam terdapat seorang wanita tidak sedarkan diri dalam kenderaan pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Sepasukan polis telah tiba di lokasi untuk mengesahkan aduan tersebut dan mendapati seorang wanita dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu hadapan.

"Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya telah dihubungi bagi membantu membuka pintu kenderaan tersebut kerana terkunci dari dalam. Wanita tersebut kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari hospital," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak bagi tujuan bedah siasat.

Mayat seorang wanita yang sudah membusuk ditemui dalam sebuah kenderaan yang kawasan parkir bertingkat di pusat beli belah.

Iklan

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes ini telah dijalankan di bawah laporan mati mengejut.

"Sehubungan itu, polis menyeru agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa," katanya.

Tambah Alexson lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung terus dengan Ketua Balai Sekama, Asistan Superintenden Simon Anak Renang di talian 016-8547803 dan Balai Polis Sekama di talian 082-332522 atau tampil terus di balai polis berhampiran.

Sebelum itu, satu kenyataan media memaklumkan kehilangan wanita dikenali sebagai Marianna, 24, yang sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di Tabuan Laru pada Sabtu lalu dengan menggunakan kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina.

Sinar Harian turut melaporkan mayat seorang wanita yang sudah membusuk ditemui dalam sebuah kenderaan yang kawasan parkir bertingkat di pusat beli belah di daerah ini.