Suami isteri ditemui maut berpelukan dalam kolam kumbahan

Iklan
Mangsa maut selepas tergelincir ke kolam kumbahan ternakan babi dalam kejadian di Kampung Kawari pada Khamis.

PAPAR - Sepasang suami isteri maut selepas tergelincir ke kolam kumbahan ternakan babi dalam kejadian di Kampung Kawari di sini pada Khamis.

Lelaki berusia 52 tahun dan isterinya berusia 50 tahun ditemukan dalam keadaan berpelukan di dalam kolam berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan dua mayat itu pada jam 11.56 pagi.

"Sepasukan anggota dari Balai Polis Papar bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa.

Iklan

Katanya lagi, siasatan awal mendapati pasangan warga Indonesia itu didapati bekerja di kawasan kandang ternakan tersebut.

"Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, mangsa lelaki dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam kumbahan berkenaan, manakala isterinya dipercayai cuba memberikan bantuan sebelum turut terjatuh ke dalam kolam tersebut.

Iklan

"Bagaimanapun, keadaan sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak polis," katanya.

Lelaki berusia 52 tahun dan isterinya berusia 50 tahun ditemukan dalam keadaan berpelukan di dalam kolam berkenaan.

Heryan berkata, kedua-dua mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang petunjuk yang menunjukkan berlakunya unsur jenayah.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca dan keadaan sebenar kejadian," katanya.