Kolej UNITI, UHAC pacu kecemerlangan eksekutif halal negara

Iklan
Rakan penaja korporat PEH25 diraikan dalam Malam Penghargaan dan Jaringan Industri di Bangi Avenue Convention Centre.

Komitmen berterusan raih pengiktirafan Jakim

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghargai komitmen berterusan Kolej UNITI dan UNITI Halal Centre (UHAC) memperkasa pembangunan bakat halal melalui penganjuran Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal (PEH) sejak 2022.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, usaha gigih Kolej UNITI dan UHAC bukan sahaja memperkukuh ekosistem latihan halal negara, malah membuktikan keupayaan institusi itu sebagai Penyedia Latihan Halal (PLH) diiktiraf Jakim.

Iklan
Iklan

Terdahulu, teks ucapannya dibacakan Penolong Pengarah Kanan Seksyen Advokasi, Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Mohd Shahril Abd Samat ketika majlis Malam Penghargaan dan Jaringan Industri sempena PEH25.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa; Ketua Eksekutif Kolej UNITI Kota Bharu, Seri Banun Bahtiar dan Pengarah PEH25, Elyas Harun.

Iklan

AMIR HAMZAH (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Mohd Shahril.

Menurut Sirajuddin, peranan eksekutif halal di seluruh negara amat besar dalam memastikan sistem pensijilan Halal Malaysia kekal berintegriti, diyakini dan patuh syariah.

Iklan

“Bagi Jakim, eksekutif halal merupakan duta industri yang menjadi benteng memastikan kepatuhan piawaian halal dipatuhi,” katanya.

Ujarnya, industri halal kini berada dalam fasa mencabar dengan kemunculan produk baharu, inovasi teknologi serta isu global menuntut eksekutif halal untuk sentiasa bersedia, berilmu dan beretika tinggi.

“Dalam usia pensijilan halal Malaysia yang sudah mencecah 51 tahun, perjuangan memartabatkannya tidak boleh terhenti. Eksekutif halal berjiwa besar ialah aset utama meneruskan kesinambungan kecemerlangan ini,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan PEH merupakan platform terbaik membina jaringan, mengukuhkan sinergi dan menyatukan peranan seluruh pemain industri halal di bawah satu matlamat sama.

Persidangan dua hari yang berakhir pada Rabu menghimpunkan kira-kira 300 eksekutif halal dari seluruh negara melibatkan pelbagai syarikat, agensi serta pakar industri bagi membincangkan hala tuju dan cabaran semasa sektor halal Malaysia.