Suspek tetak isteri, anak positif dadah

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

SIBU-Suspek lelaki yang dipercayai menetak isteri dan anak perempuannya menggunakan parang didapati positif dadah selepas saringan air kencing dilakukan terhadapnya pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 57 tahun ketika ini ditahan reman sehingga 5 November depan untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama enam hari.

"Bagaimanapun, suspek didapati positif amphetamine hasil saringan urin yang kita lakukan semalam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Beliau dalam pada itu memaklumkan supaya diberi ruang untuk melakukan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian suspek bertindak demikian.

"Siasatan masih dijalankan dan biar kami siasat terlebih dahulu," katanya.

Iklan

Dalam kejadian tersebut, dua beranak ditemui parah akibat ditetak dalam satu kejadian pergaduhan di kediaman mereka di Permai Jaya, kira-kira jam 7 pagi Rabu.

Suspek berjaya ditangkap oleh pasukan petugas khas di kawasan Kanowit pada jam 4.15 petang hari yang sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Zulkipli dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan melalui panggilan kecemasan MERS 999 yang dibuat oleh seorang daripada mangsa, memaklumkan dia dan ibunya telah ditetak menggunakan parang oleh ayahnya sendiri.

Akibat serangan itu, isteri suspek dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu, manakala anak perempuan berusia 20 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.