WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata, dalam tempoh sembilan bulan pertama penggal kedua beliau, AS telah menarik pelaburan berjumlah AS$18 trilion.
Beliau berkata jumlah itu dijangka mencecah AS$22 trilion menjelang akhir 2025, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Iklan
Iklan
Beliau menyatakannya pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan.
Menurut Trump, beliau percaya AS kini berada dalam era"revolusi ekonomi” dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 3.8 peratus. - Bernama