Kanak-kanak dikelar selesai jalani pembedahan, keadaan stabil - Polis

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikelar di leher dipercayai dengan pisau di kediamannya di Parit Raja, pada Isnin.

BATU PAHAT - Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikelar di leher dipercayai dengan pisau di kediamannya di Parit Raja di sini semalam kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa masih berada di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kanak-kanak itu juga sudah boleh bercakap namun pihaknya belum merekodkan keterangan memandangkan mangsa masih belum pulih sepenuhnya.

"Kita masih menjalankan siasatan dengan terperinci bagi mengenal punca sebenar kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa ditemukan dengan kesan kelar di lehernya dan laporan dibuat ibu mangsa yang berusia 40 tahun pada kira-kira jam 9 pagi. - Bernama