MyAirportCARES Lestari Seni pelihara seni tradisional
Iklan
Rosnan (empat, kanan) serta Mohd Izani (tiga,kiri) bersama sebahagian daripada mereka yang hadir pada MYAirportCARES Lestari Seni, Majlis Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi dan Sambutan Penerbangan Sulung Scoot di LTSIP, Kota Bharu pada Ahad.
KOTA BHARU - Rebana ubi hasil ‘air tangan’ Persatuan Kebudayaan Kesenian Awang Selamat berusia satu dekad kini menjadi penyeri dan simbol kebanggaan khazanah warisan Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini.
Ia bukan sekadar hiasan, tetapi menjadi tanda negeri Cik Siti Wan Kembang masih kuat berpegang pada warisan budaya agar ia tidak luput ditelan arus kemodenan dunia zaman kini.
Iklan
Iklan
Alat muzik tradisional yang dihasilkan daripada kulit kerbau dan kayu merbau, dijahit kemas menggunakan rotan itu menampilkan keaslian kerja tangan tradisional yang semakin sukar ditemukan hari ini.
Biasanya rebana ubi dimainkan dalam majlis istimewa seperti perkahwinan, silat dan dikir barat iaitu seni yang begitu sinonim dengan masyarakat Kelantan.
Iklan
Lebih membanggakan, rebana ubi bersejarah itu kini diangkat semula oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melalui program MYAirportCARES Lestari Seni.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) JKKN, Rosnan Abdul Rahman berkata, inisiatif berkenaan menjadi simbol kesungguhan pelbagai pihak dalam memastikan seni tradisional seperti rebana ubi kekal relevan dan tidak ditelan arus moden.
Iklan
Rosnan (tiga,kanan) serta Mohd Izani (kiri) merasmikan MYAirportCARES Lestari Seni, Majlis Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi dan Sambutan Penerbangan Sulung Scoot di LTSIP, Kota Bharu pada Ahad.
“Kita mahu generasi baharu melihat seni tradisional ini bukan sekadar alat muzik lama, tetapi warisan yang membentuk jati diri bangsa.
“Ia juga selaras dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) yang menekankan pemberdayaan komuniti dan pemeliharaan khazanah warisan agar terus hidup dalam arus moden,” katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.
Sebelum itu beliau hadir pada MYAirportCARES Lestari Seni, Majlis Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi dan Sambutan Penerbangan Sulung Scoot di LTSIP di sini.
Rosnan (tiga,kanan) serta Mohd Izani (kiri) merasmikan MYAirportCARES Lestari Seni, Majlis Pemerkasaan dan Pemuliharaan Rebana Ubi dan Sambutan Penerbangan Sulung Scoot di LTSIP, Kota Bharu pada Ahad.
Hadir sama ialah, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Mohd Izani Ghani di mana majlis turut diserikan dengan penyerahan sumbangan bernilai RM140,000 oleh pihak MAHB kepada Persatuan Kebudayaan Kesenian Awang Selamat, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di bawah JKKN.
Rosnan memberitahu, program MYAirportCARES Lestari Seni rebana ubi merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertama hasil kerjasama strategik antara MAHB bersama JKKN, yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan serta penghidupan semula seni warisan negeri ini.
Ujarnya, antara objektif utama program tersebut adalah untuk memelihara dan menghidupkan semula seni warisan rebana ubi.
Persembahan dikir barat oleh Persatuan Kebudayaan Kesenian Awang Selamat yang turut diiringi oleh paluan rebana ubi.
Tambah beliau, ia turut memberdaya komuniti seni tempatan melalui sokongan infrastruktur dan latihan serta memartabatkan warisan budaya Malaysia ke peringkat nasional serta antarabangsa.
“Program ini dijangka memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap seni warisan tradisional, menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti seni tempatan, serta memperkukuh imej MAHB sebagai peneraju tanggungjawab sosial korporat yang menyokong pelestarian seni, budaya dan pelancongan negara,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, selain pelancaran dan penyerahan sumbangan, majlis turut diserikan dengan persembahan rebana ubi oleh Persatuan Kebudayaan Kesenian Awang Selamat.
Ujarnya, ia diikuti dengan sambutan penerbangan pertama Scoot Air dari Singapura ke LTSIP melibatkan 50 penumpang.
Daya tarikan pelancong
NUR SHAIDA
Sementara itu, orang ramai yang ditemui Nur Shaida Ahamad, 32, dari Pengkalan Chepa berkata, sebagai anak jati Kelantan, rebana ubi biasanya dilihat di majlis perkahwinan dan dikir barat.
"Saya menyaksikannya semasa saya remaja kerana sekarang sukar untuk melihat persembahan melibatkan rebana ubi.
“Sebagai anak Kelantan saya menyambut baik usaha JKKN untuk memperkasakan rebana ubi agar ia tidak luput ditelan zaman,” katanya.
SYAFIRA
Bagi Syafira Hassan, 32, dari Ketereh pula walaupun berasal dari Kelantan ini merupakan kali pertama dia melihat per sembahan melibatkan rebana ubi.
Syafira teruja dan sanggup berdiri untuk me lihat persembahan sehingga tamat.
Tambahnya, khazanah warisan itu harus dipelihara sebaik mungkin bagi memasti kan golongan muda tidak melupakannya serta menjadi salah satu daya tarikan kepada pelancong asing apabila berkunjung ke Kelantan.
NOAH
Noah Abdul Aziz berusia sembilan tahun dari Panji pula ia merupakan pengalaman pertama melihat persembahan rebana ubi.
“Ia sangat menghiburkan dan menarik. Saya menyukainya dan berharap pada masa akan datang berpeluang menyaksikan semula persembahan melibatkan rebana ubi,” katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.