200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Iklan
Saifuddin Nasution mengadakan sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Libat Urus dan Amanat 2026 Menteri Dalam Negeri bersama warga AKPS di Kompleks Setia Perkasa pada Selasa. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Kira-kira 200 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bermula suku pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, ketika ini, sejumlah perjawatan veteran ATM bagi kemasukan ke AKPS diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan proses kemasukan akan dijalankan dalam masa terdekat.
Iklan
Iklan
"(Kemasukan) 200 (veteran) bagi permulaan dan saya percaya kalau ini dapat dibuat, ia berbeza dengan kita ambil anggota baharu ataupun kalau kita ambil anggota daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) atau Jabatan Imigresen.
"Dia (veteran ATM) ada skil tertentu, idealnya kita harap suku tahun pertama ini kita dapat sempurnakan,” katanya pada sidang media selepas sesi Menteri Dalam Negeri bersama warga AKPS di sini pada Selasa.
Iklan
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Saifuddin Nasution berkata, pengambilan veteran ATM itu akan melibatkan individu daripada bekas Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Iklan
"Mereka adalah aset yang unik... yang akan membantu dari segi sumber manusia AKPS.
"Bekas tentera akan bermula dengan umur minimum 38 tahun, sasaran kita mereka masih kemas bertenaga,” katanya.
Sebelum ini, Mohd Shuhaily berkata, AKPS akan memulakan pengambilan 220 veteran ATM secara berperingkat dan inisiatif yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026 itu akan dilaksanakan melalui kaedah lantikan berasaskan kontrak selepas peruntukan diterima.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 sebelum ini memaklumkan keutamaan akan diberikan kepada veteran ATM bagi mengisi keperluan tenaga kerja AKPS bagi kesiapsiagaan penuh agensi itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>