RTM mohon maaf tersilap sebut nama Presiden Indonesia
Iklan
Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika siaran langsung Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika siaran langsung Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Dalam satu kenyataan, Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia memaklumkan hasil siasatan dalaman mendapati pengulas berkenaan secara tidak sengaja menyebut nama Joko Widodo, sedangkan Presiden Indonesia ketika ini merupakan Prabowo Subianto.
Iklan
Iklan
“Pihak RTM memandang serius perkara ini dan tindakan sewajarnya telah diambil.
“RTM dengan ini memohon maaf kepada Presiden dan kerajaan Republik Indonesia serta semua pihak yang terkesan akibat kesilapan ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook RTM pada Ahad.
Iklan
Menurut kenyataan itu lagi, RTM akan memperketat kawalan editorial dan semakan fakta bagi memastikan setiap maklumat yang disiarkan lebih tepat serta berintegriti.
Malaysia selaku pengerusi ASEAN tahun ini menjadi tuan rumah sidang kemuncak berkenaan yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>