Nelayan aktif sahaja bakal dapat ESH
Iklan
Zahran (tengah) ketika sesi perbincangan bersama nelayan daerah Yan, hari ini.
YAN - Elaun Sara Hidup (ESH) akan disalurkan kepada nelayan yang aktif menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.
Penyelaras Dun Sungai Limau, Zahran Abdullah berkata, manakala seramai 39 nelayan kawasan ini di senarai hitamkan daripada menerima ESH.
Iklan
Iklan
"Nelayan yang disekat daripada mendapat ESH adalah disebabkan proses pemutihan dibuat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
"Proses itu dibuat bagi mengenal pasti nelayan yang aktif ataupun sebaliknya dan ia dibuat tidak hanya dengan membuat tinjauan secara mengejut ke kuala tetapi juga melalui data pengambilan minyak,” katanya.
Iklan
Menurutnya, namun nelayan yang disekat ESH tersebut boleh membuat rayuan dan menghadiri temu duga yang akan diadakan.
"Bagi daerah Yan, temu duga akan dibuat pada minggu hadapan dan akan dimaklumkan LKIM. Saya amat berharap mereka dapat datang sesi temu duga itu kerana apabila proses ini selesai, nelayan yang disekat ESH akan dibayar semula bersama tunggakan.
Iklan
"Nelayan perlu patuh kepada syarat yang ditetapkan supaya membolehkan mereka layak menerima ESH termasuk jumlah hari minima ke laut mestilah tidak kurang daripada 120,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>