[VIDEO] Bekas suami culas bayar nafkah mungkin berdepan sitaan kewangan - Mohd Na'im
Iklan
KUALA LUMPUR - Langkah menyita simpanan kewangan bekas suami yang culas membayar nafkah sedang diusahakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan pelaksanaan langkah itu menerusi perintah Mahkamah Syariah.
Iklan
Iklan
"Jadi, yang ini akan dibuat oleh pihak BSK dan perbincangan itu telah dibuat dengan Bank Negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang ingin tahu apakah mekanisme pemantauan yang diwujudkan kerajaan melalui BSK bersama BNM bagi memastikan pelaksanaan sekatan akaun bank terhadap bekas suami atau bapa yang culas menunaikan nafkah.
Iklan
Mohd Na'im berkata, kerajaan juga giat memperkukuh tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah melalui pelbagai kaedah undang-undang.
Mohd Na'im. Foto Bernama
Iklan
Selain itu, beliau berkata, BSK juga sedang melaksanakan usaha memberi kesedaran kepada para penanggung nafkah anak-anak dalam kalangan waris, selain suami atau bapa sebagaimana yang ditetapkan undang-undang dan hukum syarak bagi memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.
Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan juga diperkukuh melalui kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan majikan serta alamat terkini penghutang penghakiman.
"Melalui pendekatan pelbagai seperti pendahuluan nafkah, bantuan tanpa kutipan balik, kemudahan transit serta penguatkuasaan tegas terhadap penghutang bagi memastikan kebajikan pemiutang penghakiman dapat dipelihara.
"Langkah jangka panjang ini bukan sahaja menjamin kesinambungan perkhidmatan BSK, malah memperkukuh sistem kehakiman syariah demi menjaga hak wanita, anak-anak dan kesejahteraan institusi kekeluargaan Islam,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>