Sidang Kemuncak ASEAN: PDRM giat kawal keselamatan termasuk anggota tidak berseragam

Iklan
Fadil (tengah) mengingatkan mana-mana individu yang didapati membawa atau memiliki objek berbahaya tanpa kebenaran akan diambil tindakan tegas.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menempatkan pegawai dan anggotanya di lokasi strategik bagi memastikan kelancaran perjalanan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara dari 26 hingga 28 Oktober ini.

Penugasan lebih 10,000 pegawai dan anggota polis itu turut membabitkan pemantauan oleh anggota tidak berseragam, sebagai langkah mempertingkat kesiapsiagaan keselamatan sepanjang acara persidangan tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kehadiran anggota tidak berseragam adalah bagi memastikan keberadaan polis secara efektif serta bertindak segera sekiranya terdapat sebarang cubaan mengganggu persidangan atau ketenteraman awam.

“Mereka (tidak berseragam) akan bertindak segera sekiranya terdapat sebarang cubaan untuk mengganggu acara persidangan termasuk mengancam ketenteraman awam.

Iklan

“Mereka akan berada di mana-mana sahaja lokasi yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi. Melalui maklumat risikan dan siasatan awal, pihak polis mampu bertindak lebih pantas jika terdapat cubaan membawa masuk senjata atau objek berbahaya,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Fadil berkata, PDRM turut bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi termasuk Kementerian Luar Negeri (KLN) dan pihak pengurusan hotel bagi memastikan kawalan keselamatan menyeluruh serta penyaluran maklumat segera sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan.

Iklan

“Saya ingin tegaskan, mana-mana individu yang didapati membawa atau memiliki objek berbahaya tanpa kebenaran akan diambil tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada, termasuk di bawah Seksyen 6 Akta Senjata 1960, serta peraturan-peraturan berkaitan keselamatan awam,” katanya.