SEPANG - Seorang pengerusi sebuah kuil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas satu pertuduhan menceroboh tanah persendirian tahun lalu.
M Paramaguru, 49, yang juga pengawal keselamatan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.