'Mata lebam, lidah cedera' - Pesara dipukul, diugut selepas kemalangan kecil

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan seorang pesara dipukul seorang lelaki selepas terlibat dalam kelamalngan kecil di Pekan Suntex Batu 9 Cheras pada Ahad.

KAJANG – Seorang pesara berusia 69 tahun cedera selepas dipukul dan diugut oleh seorang lelaki susulan kemalangan berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex Batu 9 Cheras di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu pada jam 4.49 petang.

Iklan
Iklan

"Kejadian berpunca dari kemalangan kecil melibatkan kenderaan pengadu dan juga suspek.

"Mangsa mengalami cedera, lebam di mata, dan lidah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Naazron berkata, suspek seorang lelaki warga tempatan yang juga peniaga berusia 52 tahun telah ditahan pada jam 11.30 malam hari sama di kawasan Kajang.

"Suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama," katanya.

Iklan

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Ganesan Ramachandran di talian 0126089180 bagi membantu siasatan.

"Masyarakat dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang serta mengamalkan sikap bertanggungjawab bagi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam terus terpelihara," ujarnya.