Demi 'content' remaja maut selepas terjun sungai

Iklan
Dua remaja dilaporkan lemas selepas terjun ke sungai dari atas jambatan ketika merakam kandungan video untuk media sosial. Foto Agensi.

TEGAL – Dua remaja di Kabupaten Tegal dilaporkan lemas selepas terjun ke sungai dari atas jambatan ketika merakam kandungan video untuk media sosial.

Media tempatan melaporkan, seorang daripada mereka ditemui maut, manakala seorang lagi masih hilang.

Iklan
Iklan

Insiden berlaku pada petang Khamis, kira-kira jam 5.00 petang waktu tempatan di jambatan Sungai Gung, yang terletak di Desa Kaligayam, Kecamatan Talang, Kabupaten Tegal.

Menurut Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Semarang, Budiono, kedua-dua remaja berkenaan bersama tiga rakan lain pada mulanya berhasrat menghasilkan kandungan video dengan aksi terjun dari jambatan ke sungai.

Iklan

Namun, hanya dua daripada mereka yang benar-benar terjun, manakala tiga lagi merakam aksi tersebut dari tepi sungai.

“Berdasarkan keterangan saksi, lima orang remaja datang ke lokasi untuk merakam video. Dua daripadanya melompat ke sungai, sementara yang lain merakam dari tepi. Malangnya, dua yang terjun itu tidak tahu berenang dan akhirnya tenggelam,” kata Budiono ketika ditemui pada Jumaat.

Iklan

Mangsa dikenali sebagai SWR, 16 tahun, dari Tegal Barat, dan NQH, 16 tahun, dari Tegal Timur.

Jurucakap Mencari dan Menyelamat (SAR) Semarang, Zulhawary Agustianto, memaklumkan bahawa pasukan penyelamat menemukan mayat SWR kira-kira jam 7.00 pagi Jumaat, sekitar 10 meter ke utara lokasi kejadian.

“Pasukan SAR menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Jenazah dibawa ke rumah keluarga untuk urusan lanjut. Operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan,” jelas Zulhawary.

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai, khususnya remaja, agar tidak melakukan aksi berbahaya semata-mata untuk menghasilkan kandungan media sosial, kerana ia boleh mengundang tragedi.-Agensi