TH, KKM perkukuh sistem pemeriksaan kesihatan bakal jemaah - Menteri Agama

Iklan
Dr Mohd Na'im.

SHAH ALAM - Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kini memperkukuh sistem pemeriksaan kesihatan wajib agar  bakal haji yang benar-benar layak dari segi kesihatan sahaja dibenarkan berangkat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, saranan penangguhan giliran haji bagi bagi mereka yang belum melepasi tahap kesihatan minimum bukan sebagai sekatan tetapi untuk memperbaiki kesihatan dan bersedia sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ibadah haji bukan sekadar rukun Islam kelima, ia juga ujian kemampuan (istito’ah), termasuk kemampuan dari segi kesihatan fizikal dan mental.

"Tanpa tubuh yang sihat, ibadah haji yang sempurna sukar untuk dicapai. Oleh itu, saya menyambut baik pengumuman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai syarat kesihatan baharu bagi ibadah haji musim 1447H/2026M.

Iklan

"Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan garis panduan kesihatan untuk semua negara dan Malaysia komited untuk mematuhinya. Tujuannya jelas bagi menjaga keselamatan, kelancaran dan kesempurnaan ibadah para dhuyufurrahman.

"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Tabung Haji yang menjadi institusi haji kebanggaan negara, saya yakin TH dengan kerjasama Kementerian KKM bersedia memastikan setiap jemaah haji Malaysia mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik, dari tanah air hingga ke Tanah Suci," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, TH juga akan memastikan setiap penginapan jemaah di Makkah dan Madinah dilengkapi klinik kesihatan, farmasi dan pegawai perubatan bertauliah.

Jelasnya, manakala kes serius akan dirujuk ke hospital Arab Saudi dengan pemantauan rapi oleh pakar KKM.

"Kerajaan Arab Saudi, terutamanya Kementerian Kesihatan juga telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kemudahan hospital sektor awam dan swasta yang moden dgn teknologi terkini.

"Dengan 225 petugas perubatan KKM di Tanah Suci, kita yakin mutu perkhidmatan kesihatan jemaah Malaysia akan terus berada pada tahap terbaik.

"Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama TH dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan terus berganding bahu demi menjamin kebajikan, keselamatan dan keselesaan jemaah haji Malaysia," ujarnya.