57 mangsa banjir kilat dipindahkan di Pontian

Iklan
Sebuah PPS dibuka di SK Penerok bagi menempatkan mangsa banjir kilat yang terjejas di Penerok, Pontian.

PONTIAN – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Penerok bagi menempatkan mangsa banjir kilat dari kawasan sekitar.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor memaklumkan, PPS berkenaan dibuka pada jam 8 malam, Ahad.