PONTIAN – Seorang wanita warga emas berusia 71 tahun yang mengalami strok bersama dua kanak-kanak diselamatkan selepas mereka terperangkap dalam banjir di Kampung Bugis, Batu 6 Penerok di sini pada Ahad.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Hasnan Abd Rahman berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 11.43 pagi.