MetMalaysia keluarkan nasihat Ribut Tropika Fengshen di perairan negara

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan nasihat berkaitan Ribut Tropika Fengshen yang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 961km ke timur laut, Kudat, Sabah. Foto hiasan

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan nasihat berkaitan Ribut Tropika (Fengshen), yang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 961km ke timur laut, Kudat, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 11 pagi tadi adalah di latitut 14.7 utara dan longitud 120.6 timur, kira-kira 34km ke barat laut Manila City, Filipina. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan