Parlimen Mongolia singkir PM baru 4 bulan berkhidmat

Iklan
Zandanshatar akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga penggantinya dilantik dalam tempoh 30 hari. Foto AFP

ULAANBAATAR - Ahli Parlimen Mongolia menyingkirkan Perdana Menteri, Gombojav Zandanshatar yang baru empat bulan memegang jawatan susulan negara itu berdepan protes golongan muda.

Majoriti daripada anggota dewan itu mengundi untuk memecat beliau setelah perbalahan politik dan pertikaian dasar tercetus selama beberapa minggu.

Iklan
Iklan

Undian dibuat pada Jumaat menyaksikan 71 ahli Parlimen sepakat dengan keputusan tersebut.

Zandanshatar, 55, mencetuskan kemarahan ahli politik kerana melantik Menteri Kehakiman tanpa memaklumkan kepada Parlimen dan langkah itu disifatkan sebagai tidak sah.

Iklan

Beliau mengambil alih jawatan pada Jun lalu selepas ribuan beliau mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota bagi menyuarakan kemarahan terhadap golongan elit yang didakwa terlibat rasuah dan ketidakadilan berleluasa.

Kumpulan itu menuntut pendahulunya, Luvsannamsrain Oyun-Erdene meletak jawatan dan suara mereka didengari setelah pemimpin tersebut kehilangan undi percaya.

Iklan

Difahamkan, Zandanshatar akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga penggantinya dilantik dalam tempoh 30 hari. - AFP