Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza 29 Mac ini

Iklan
Global Sumud Flotilla mengumumkan hasrat menghantar misi kemanusiaan terbesarnya ke Gaza melalui laut dan darat pada 29 Mac ini - Foto: Agensi

MOSCOW - Kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla mengumumkan hasrat untuk menghantar misi kemanusiaan terbesarnya ke Gaza melalui laut dan darat pada 29 Mac, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Disember 2025, kumpulan itu memaklumkan yang ia sedang membuat persiapan untuk memperluas secara besar-besaran misi bantuan ke Semenanjung Gaza pada musim bunga 2026, termasuk menghantar lebih 100 kapal ke wilayah berkenaan.

Iklan
Iklan

"Hari ini, Global Sumud Flotilla mengumumkan campur tangan kemanusiaan bersepadu terbesar untuk Palestin dalam sejarah. Pada 29 Mac 2026, sebuah flotila maritim bersatu dan konvoi kemanusiaan darat akan berlepas serentak, menggerakkan ribuan orang dari lebih 100 negara dalam tindak balas bersepadu dan tanpa kekerasan terhadap genosid, kepungan, kebuluran besar-besaran dan kemusnahan kehidupan orang awam di Gaza,” menurut kenyataan organisasi itu pada Khamis.

Flotila itu dilaporkan akan berlepas dari Barcelona, Itali, Tunisia serta negara Mediterranean lain, manakala konvoi darat akan bergerak menuju Gaza dari Afrika Utara.

Iklan

Misi itu melibatkan lebih 1,000 petugas perubatan, selain pendidik, jurutera, pasukan pembinaan semula, penyiasat jenayah perang dan ekosid, serta pemerhati undang-undang yang mendokumentasikan pelanggaran undang-undang antarabangsa, menurut kenyataan itu. - Bernama

 

Iklan