Daftar media sosial guna dokumen rasmi: Kerajaan jamin perlindungan data

Iklan
Fahmi

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kerajaan memberi jaminan bahawa semua data pengguna yang digunakan dalam proses pendaftaran akaun media sosial akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan dasar tersebut akan dilakukan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Iklan
Iklan

“Kita sudah pasti akan melaksanakannya selaras dengan undang-undang sedia ada, termasuk Akta PDPA, yang terpakai untuk apa yang disebut sebagai transaksi komersial,” katanya.

Menurut beliau, semua transaksi komersial yang dilakukan oleh entiti termasuk platform media sosial, syarikat e-dagang dan penyedia e-dompet adalah tertakluk di bawah akta berkenaan.

Iklan

“Jadi, semua transaksi komersial yang dilakukan oleh entiti termasuk platform-platform media sosial, syarikat e-wallet dan sebagainya, maka akta tersebut terpakai kepada mereka,” jelasnya.

Fahmi turut memaklumkan bahawa kerajaan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa pihak lain, berdasarkan pengalaman pelaksanaan sistem eKYC dalam aplikasi seperti Touch ‘n Go eWallet dan Grab.

Iklan

“Dalam beberapa aplikasi seperti Touch ‘n Go eWallet, Grab dan sebagainya, memang ada aspek eKYC yang menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan kebocoran maklumat peribadi sekiranya dokumen rasmi kerajaan digunakan dalam proses pengesahan umur pengguna media sosial.

Menurutnya, pelaksanaan had umur itu akan dikuatkuasakan melalui pendaftaran berasaskan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID.