Gempa bumi kuat di Barat Papua, Indonesia

Iklan
gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 231 kilometer (km) barat dari Jayapura, Indonesia dengan kedalaman 92km.

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda kawasan Barat Papua, Indonesia pada jam 1.49 tengah hari Khamis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 231 kilometer (km) barat dari Jayapura, Indonesia dengan kedalaman 92km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, penilaian awal menunjukkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

 

Iklan
Iklan