PINRANG – Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis selepas disyaki menetak rakan baiknya hingga maut akibat pertikaian berhubung hutang berjumlah 25 juta rupiah (RM6,370) di daerah Pinrang, Sulawesi Selatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Pinrang, AKP Ananda Gunawan berkata, kejadian berlaku di Jalan Anggrek, Kecamatan Paleteang, sekitar jam 9 malam waktu tempatan pada Rabu, 8 Oktober 2025.
Iklan
Iklan
“Siasatan awal mendapati suspek bertemu mangsa untuk menuntut bayaran hutang. Namun, mangsa enggan melunaskan jumlah hutang tersebut, menyebabkan suspek berang dan menetak mangsa menggunakan parang,” katanya.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan kaki, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Polis yang tiba di lokasi kejadian menahan suspek serta merampas senjata yang digunakan.
Menurut Ananda, kes disiasat mengikut Pasal 340 Kanun Keseksaan Indonesia kerana membunuh dengan niat, dengan siasatan turut melibatkan kemungkinan pelanggaran Pasal 338 dan 351(1).
“Motif utama dipercayai berpunca daripada hutang yang gagal dibayar. Suspek mendakwa telah beberapa kali menuntut bayaran namun tidak diendahkan,” ujarnya.-Agensi