Saman RM500 jika hisap vape, dengar muzik 'kuat-kuat' dalam bas di London

Iklan
Penumpang yang memainkan muzik atau video dengan kuat daripada telefon bimbit ketika berada di dalam bas bakal berdepan tindakan saman sebanyak £100. Gambar hiasan

LONDON - Penumpang bas di London yang memainkan muzik atau video dengan kuat menerusi telefon bimbit berdepan tindakan saman £100 (kira-kira RM500) sebagai usaha membendung tingkah laku antisosial dalam pengangkutan awam.

Menurut laporan BBC yang memetik akhbar London Evening Standard, cadangan tindakan itu turut merangkumi perbuatan menghisap vape, membuang sampah dan memainkan muzik tanpa menggunakan fon kepala.

Iklan
Iklan

Langkah berkenaan dijangka memberi kesan kepada rangkaian bas London yang membawa jutaan penumpang di sekitar ibu negara United Kingdom (UK) setiap hari.

Bagaimanapun, perincian mengenai peraturan baharu itu masih belum jelas sama ada ia dilaksanakan ke atas perkhidmatan Transport for London (TfL) atau lain-lain perkhidmatan.

Iklan

Kempen peringkat kebangsaan yang dilancarkan baru-baru ini pula menggesa penumpang kereta api menggunakan fon kepala dan tidak memainkan muzik atau video secara terbuka.

Perkara itu mendapat respons daripada Perdana Menteri UK, Andy Burnham.

Iklan

"Kita semua pernah berada di dalam kereta api apabila seseorang mula memainkan muzik atau video dengan kuat daripada telefon mereka.

"Ia menyakitkan hati,” ujar beliau.