RIYADH - Seorang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd di Dammam, Arab Saudi, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi.
Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi platform X, pihak berkuasa itu memaklumkan serangan berkenaan berlaku pada Rabu malam dan mengakibatkan seorang penduduk terbunuh serta lapan individu lain mengalami kecederaan daripada ringan hingga parah.